kali ni terasa nak mengimbau kembali kemanisan berholiday yang tak berapa nak baru sangat lah. tahun lepas punya ceghita.
dalam asyik dok goyang kaki, goyang kapla, goyang tangan kat office ni tiba-tiba teringat yang hakak belum lagi mencoretkan kesah percutian bajet yang tak berapa nak bajet sangat pun kat sini. al kisah, perancangan dibuat masa tengah praktikal lagi. kelas khauuu tengah praktikel pun dah merancang nak bercuti bagai hanya dengan berbekalkan duit elaun secoet tu.
back to story asal, percutian bajet dianggotai oleh hakak-hakak maneh dan habang-habang hot setap tempat praktikal yang lama, Mesiniaga Berhad. sporting habis semua! memandangkan seorang daripada anggota percutian bajet Sabah ni berasal dari Sabah, makanya dia lah yang banyak menyediakan dan mencadangkan itu dan ini.
bermula dari itinerary dari setiba di Sabah dan pulang ke Subang, hotel, kereta sewa semua dicadangkan dan telah dipersetujui bersama sama oleh ahli kelab percutian bajet Sabah. kelasss kau macam mesyuarat mingguan mak datin siap ada ahli kelab bagai. kah kah kah!
Day 1
bertolak dari KL lewat petang dan smpai Sabah lewat malam. ahli kumpulan berpecah masa ni disebabkan most of them dah beli tiket masa AirAsia buat sale. makanya aku masatu pun gerakla berseorangan. berbekalkan pengalaman masa berulang alik Sarawak-kl dulu masa belaja aku praktikkan sebaiknya. *penampakkan riak takbur belagak disitu*
sampai dah lewat, berkumpul lagi menanti ahli kelab dan terus checkin hotel.
Day 2
Bangun awal pagi sebab nak shoot pulau! zezaitedddddnyaaa!!! 3 pulau overall dalam RM50 per person. disebabkan kiteorang saja dah penuh satu bot, uncle tu pun kasi diskaun lah jadi RM30 kot perhead. atas persetujuan bersama, kiteorang bersetuju untuk menshoot pulau manukan, sapi dan mamutik.
enjoy !
Most favourite pulau bagi aku ialah pulau sapi. cantik tersangat-sangat. mamutik pun okay, banyak ikan warna-warni. weolls snorkelling masatu sekali caj dalam pakej boat. kalau rasa nk shoot pulau banyak macamni, memang kena pergi pagi. masa ni keluar pkul 8pagi balik hotel pukul 6 petang. puassssss mandi sampai kecut-kecut jari! oh sampai hilang cincin pemberian mak ayah jugak. sedey hokey! tapi takpe ada orang lain gantikan dengan cincin lain. hokey yang ni nanti lain kali la cerita. sekarang malassssssss!
ni ada sikit tips yang korang kena aware kalau nak pergi bercuti secara bajet:-
- kalau boleh carik kawan/orang yang arif pasal tempat tu supaya tak tertipu dan tak payah nak pakai tour guide bagai. kalau takde, kisahnya kena rajin blogwalking/review dan catat nama-nama tempat yang nak dikunjungi.
- bab hotel, bagi aku yang single dan masih berseronok dengan kawan-kawan ni agak tak mementingkan hotel. asal boleh letak badan dan kepala dan boleh mandi dan ada ekon dah kira ok. lagipun nak berjalan bukan nak duduk hotel 24hours ye dak? keluar berjalan pagi balik malam terus bommm tido.
- rancang serancang rancangnya supaya boleh target bila boleh beli tiket semua. dapat time sale, huntongg kauuuuu nokksss. murahhhhhh!
- tak payah bawak barang sangat. baju recycle je dua tiga kali. orang bukan perasan pun. janji pandai mix and match. janganlah gaya semalam pakai sama macam gaya harini. ye dakkk? tak paham? lantak pi la kat hang.
hokey,
hari seterunya kita sambung next entry. panjang sangat dah rasa entry ni. tak syok nak baca kan? iols sangat memahami .
Love,
NAJWA








No comments:
Post a Comment