finally wa punya oreo ice cream cake dah betul-betul keras and boleh lah dimakan bersama seisi keluarga. oleh itu barulah entry pasal oreo ice cream cake ni dipersembahkan.
kek ni la paling mudah bin ringkas nak dibuat tapi makan masa yang lama baru boleh makan.apakah? -..-'
first and formost, mestilah ada ingredients yang diperlukan.
bahan-bahan:1. ice cream vanilla. terpulang lah korang suka letak ice cream apa.
2. 2 pack oreo biskut
3. hershey's choclate syrup. kalau ada caramel syrup lagi terangkat lah!
disebabkan ni baru pertama kali mencuba, bahan yang diguna tak lah banyak. lagi syok kalau korang letak kitkat pastu patah2 kan ke. lagi sedap!
cara-caranya :
1. keluarkan ice cream tadi kat bekas lain. hempuk sampai lunyai.
2. hancurkan oreo dalam 1/2 pack. pastu tabur dalam ice cream yang dah lunyai
3. masukkan cekelat syrup tadi.
gaul lah sehingga sebati. kalau nak sedap, oreo tu janga lah hancur sangat.4. susunkan lah kepingan oreo di sekitar bekas kek/loyang yang ada. yang ni wa pakai bedal je bekas apa ada. oh ye letakkan jugak plastik ke ape ke sebagai alas bekas tu. senang nak angkut kek tu kelua nanti.
5. masuk kan ice cream yang dah digaul sebati tadi kedalam bekas.6. designlah sesedap mata memandang.
7. lepas dah design, masuklah dalam freezer.8. peram dalam peti ais korang selama dua hari. bia betul-betul keras and senang nak potong.
jom tengok hasilnya lepas dua hari :
cantik kan rupa paras kek ni? meleleh plak air liur wa tengok gamba ni. hee. memang sesuai sangat makan time tengah panas.
pergh! adik wa punya keje la ni. siap tambah lagi cekelat syrup atas kek tu. pengkritik aka mak wa kata overall okay. manis cukup. cuma agak pahit. maybe biskut oreo tu terlalu banyak kot.pengkritik siap buat request nak tiramisu cake plak lepas ni. haha. okay lady bos arahan mu akan dilaksanakan nanti.
okay guys wa nak terjah peti ais dan menlahap oreo ice cream cake yang sedap ni.semoga berjaya mentry resepi simple ni!
19 comments:
nampak sodap je(^^,)
tirah nak cube jugak(^^)
pergh, boleh tak nak sikit.haha mcm sedap jer and nak kne try nie..ayie ambik resepi yer..huhuh
nur athirah: memang sodap.sila lah try ye tirah :D
cucu umie: hee..nak sikit? boleh aja.rasa lah kt monitor tu..haha
amiklah resepi tu :)
wooo terliur tgk ni hah....
Cik Embun: haha. ni kena cuba ni.. :D
waaa.....sedapnyer.nakkkkkk
hawiz: nak ke? ameklah kt entry tu ye..hee
bapak sedap laaa
terliur dah neyh
^_^
HaNa HoNeY: haaa ni kena la cuba baru dpt tau bapak ke x bapak sedap dia :D
entri pasal mkn aje nie..hehe
feel free to follow me back :)
senang jak duhal owh... blh try tok... :)
M Fizan: haha.entry latest memang pasal mkn je..yang lama2 mcm2 lagi ada..
M Fizan: haha.entry latest memang pasal mkn je..yang lama2 mcm2 lagi ada..
Zyrah : aok deng..tok nang senang. :)
waaa sedapnya..nk try r nti...nti bg la lg resipi mcm ni ye wawa sbb senang nk buat... =)
Al-Afiq Anak Ayah: oh memang sedap!
blh aje..nanti wa try lagi buat yang simple2 k :)
yummyy!!!sedapmyeerr!kene try buat nieyh..
ain dzaya: haa memang kena try ! :D
Post a Comment