Monday, April 4, 2011

Tips Belajar Bahasa Asing:Sayang Sarawak

secara terbukanya saya nak menunjukkan skill berbahasa sarawak saya pada harini.pada yang paham tu buat-buat paham ye.pada yang tak paham tu anda boleh rujuk ke google translate. kalau hado. hahaha

pa kabar tak orang tek? sihat sik? aiiiheyy lama dah mek sik klaka sarawak tok. rindu gilak mok klaka dengan sidak universiti mek, kawan-kawan mek. da orang sarawak yang baca blog tok sik? mek tauk ada duak tiga jak lah. heee.tak orang boh tetak k. mek tok bukan sarawakian. yalah klaka sik bapa betul gilak. haha. lucu eh mun tulis kedak tok. lain asa dari klaka. hahahahaha.



okay sudah! wa pulak tergelak sorang-sorang bila baca. hee. sarawak tu dah macam negeri no.2 wa dah. dalam 4 bulan dua kali or more lah wa terbang ke sana. ulang alik sarawak - kuala lumpur sorang-sorang. seronok! tapi tu semua tiga tahun lepas punya kisah.

wa belajar cakap sarawak tak lama. dalam masa sebulan dah dapat tangkap, 4 bulan dah dapat berkomunikasi sepenuhnya.

ni wa nak share sikit tips nak belajar bahasa asing, tak kira lah bahasa apa pun :

# belajar sendiri dulu

korang usha lah lips dorang cakap macamana, loghat macamana, pahamkan yang simple dulu. tengok dorang cakap sesama dorang. tangkap few words yang simple pastu praktis sendiri. kalau agak tak dapat tangkap maksud yang dorang cakap, tanyalah kawan yang paham. jangan malu2!


# cuba biasakan dalam percakapan harian

macam biasalah. bila dah dapat tangkap few word yang simple. try la sebut perkataan tu. bila kita selalu sebut tak mustahil kita pun boleh jadi macam dorang. nak lagi power, korang dalami lagi loghat dorang. dengar macamana sebutan dorang. baru boleh jadi org sarawak pure!

# bila dah biasakan, cuba berinteraksi dengan orang luar

maksud nye, cuba korang cakap dalam bahasa sarawak tu dengan orang sarawak lain.bukan kawan or kenalan korang. kat sini wa pun dulu ada kurang keyakinan.bila dengan kawan boleh lagi cakap.bila dengan orang luar. rasa tak yakin.takut salah sebut.tapi lama-lama jadi biasa. untung tau bila tau cakap sarawak or bahasa apa jelah. bila beli kek lapis ke, ikan terubuk ke for sure dapat murah. haha. bijak tak? -_-'

# relakan saja diri dibuli

buli disini bermaksud buli manja lah. wa dulu selalu kena buli dengan dorang ni. selagi wa tak cakap sarawak selagi tu lah dorang tak akan layan wa. kejam sungguh. dari situlah wa belajar sikit-sikit.lama-lama jadi klcc. kan2?


tak pasal-pasal jadi cikgu pulak harini.okay pada sapa-sapa yang kat tempat orang tu belajar-belajar la cakap kat tempat tu. tak rugi apa pun. lagi bertambah ilmu adelah :)

4 comments:

Khai said...

duhal, pandei kitak klaka srwk. pikir sik pandei. best nak klaka sarawak?
nya lain dari lain bah. kelak molah sigek kamus KL-SWK. pakei translate sidak KL mun dtg srwk kelak. hehehe. I feel weird when write than talk sarawak. Hehe. ;D

~sarawakian~

Najwa Anuar ™ said...

Khai: haha.pandei lah juak.sik lah pndei gilak.haha. nang best klaka sarawak. hehe. tauk sikpa. pelik jak asa mun tulis dalm bhasa srwak ow? hee

nur athirah said...

Slm wawa(^^,)
Hehe..ingat mek dolok masa first kita kenal nang mati2 mek ingat ktk org sarawak(^^) fluent bah ktk cakap time ya..hehehehe...

Najwa Anuar ™ said...

nur athirah : hee. tq tirah. :) mek blaja dari tak orang juak sebenarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...