sempena hari lahir adik kesayangan yang ke-9 last few weeks ago, dia sendiri mintak hadiah hari jadi nak pergi Kidzania. selamat duit ayah, ingat nak belikan basikal kali ke-4.
dengan rela hatinya ayah pun bawaklah si kecik tu menunaikan hasrat dia. sampai kidzania around 4pm. session kidzania ada dua,10 pagi dan 4 ptg kalau tak silap lah. selalu memang pergi petang. satu sesi dalam 4 jam lah bebudak tu boleh main dalam tu.
bersebelahan ikea. whole building tu khas untuk kidzania
flight ticket untuk berlepas dalam dunia kidzania. cool kan!
kids 4-14years old : RM55
pengiring/parents: RM35
first time masuk memang sangat eksaited macam aku pulak yang nak main. limit umur sampai 14tahun sahaja ye. lebih dari tu nehi nehi nehi .
kidzania punya developer ni sama dengan yang buat legoland. jadi boleh bayangkanlah kegempakan tahap maksima dalam kidzania tu macamana. memang ohsemmm!
malas nak cakap banyak. layankanlah gambar-gambar bawah ni.
entrance
birthday girl buat coklat. lepas buat dapat la coklat. kemain suka lagi dia.
next station, sebelah je dengan diary milk factory. oreoooooo factory.
seronok kan?! aku dulu tak merasa main mainan cenggini
while waiting si kecik bermain dan memasak
haruslah ada aku. aku dan posing memang kawan baik
try dress baru dari poplook. mak pun sebok nak satu. HAHA
next, masak sushi dan dapat sushi. tukang makan nya aku lah.
im a big fan of sushi ya knaaawww
hotel terbakar! part ni aku paling teruja. rasa nak jugak main pancut-pancut air tu
takut sangat tuuu. kekeke
macam biasa. aku dan posing kan kawan baik. ahakss
okay, sampai sini sahaja ceritera cerita aku pasal celebration si kecik kesayangan ni. seronok dapat tengok dia seronok. eh? oklah nak sambung buat assignment yang tak pernah nak habis malahan bertambah-tambah lagi ada. puiih
dadaaaaaa readers~














2 comments:
Bestnya, rasa macam nak bawak adik saya pulak pergi sana
haaa pegi bawak cepat! seronok sangat :)
Post a Comment