Saturday, July 16, 2011

Surat Untukmu Sayang . . .

Kehadapan insan yang akan menjadi pendampingku kelak,

Terima kasih kerana telah pilih aku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerana aku nak kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan.

Kepada insan yang akan memilihku kelak.

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya aku ingin kau tahu, aku akan saja buat salah. Maka aku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagi aku kaulah pemimpinku, tak akan berani aku membangkang padamu.

Duhai insan yang telah memilihku kelak.


Ingatlah, tak selamanya aku akan cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian aku harus menguruskan istana kecil kita, agar kau dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang bekerja. Ataukah ku akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga anak kecil kita yang sedang sakit, dan aku tau kau letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin aku mengusik sedikit pun lelapmu. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana aku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang aku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang aku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu. Maka jangan pernah berpaling dariku. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.

Ketahuilah sayang. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu. Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna. Maafkan aku kerana aku bukan puteri. Aku hanya wanita biasa.

6 comments:

Doa untukmu... said...

InsyaAllah...

Doa untukmu... said...

InsyaAllah...

Anonymous said...

Seth Tan: :') andai seorang lelaki mampu mmbuatmu tersenyum hari-hari, andai seorang lelaki mampu membimbingmu ke jalan yg di redhai oleh ALLAH s.w.t andai seorang lelaki sentiasa ada bersamamu ketika suka dan duka..andai seorang lelaki bisa menyejukkan hatimu...andai seorng lalaki mampu melengkapkan hidupmu..insya'allah allah akan membuka pintu hati kita menerimanya seadanya..:)

Zyrah said...

insyaALLAH deng... mk copy ok... :)

Najwa Anuar ™ said...

Zyrah : dpt copy ka deng? mun xdpt pdh k. mek anta tru email lak. :)

Anonymous said...

Aku berharap dan berdoa untukmu setiap masa... ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...