Sunday, July 3, 2011

Clinique Star Tour 2011 : Sunway Pyramid

Assalamualaikum!

dah jadi tebiat pulak suka update entri tengah malam buta. idea mencurah-curah bagaikan hujan turun tanpa hentinya barangkali *ayat nak standard novel jeh -________________-''

tanpa membuang tenaga anda membaca pembuka kata yang panjang lebar lagi berjela. wa nak teruskan dengan cerita yang fresh. memanjang asek cerita story yang dah dikepam. kali ni wa buat kelainan sikit. sikit jeh lah.

ada sapa-sapa yang tau pasal Clinique Star Tour 2011?


wa pun baru je tau tadi. hahahaha.

tanpa segan serta silunya wa pun telah menjoinkan diri dalam star tour for this year. mula-mula cuak jugak sebab semua muka cina and free hair je yang join. hakak ni dah lah bertudung.macam lari je dari yang lain.

ni ada jadual Clinique Star Tour 2011. sapa yang teruja and teringin nak jadi cover girl cleo tu boleh lah menjoinkan diri anda!


mesti korang tertanya tanya kan? buat apa kat sana? meh sini hakak nak cerita.

# memula kena bayar RM 35 hengget dulu. mahal? tak mahal lah. siap ada mkeover, photoshoot, doorgift, baucer lagi tau dorang bagi. berbaloi ^_______________^

# secondly, dorang akan cabut makeup yang melekat kat muka dorang dengan produk CLINQUE yang mahal belaka tu.


# lepas tu pulak dorang akan makeover muka korang pakai barang CLINIQUE jugak. superbb beb make up dia! terasa diriku begitu berharga*macam salah tagline jeh?

# bagi yang free hair tu, hair makeover pun ada tau! khas dari jenama terkemuka. hakak lupa lah nama jenama tuh.

# lepas dah cantik cek mek molek, kita akan berangan jadi model sebentar. seronok jugak! dapat merasa beraksi depan camera. ni bukan cameraman biasa. ni memang profesional punya. haha.

# nanti belom habis lagi......lepas dah berangan beraksi jadi model, gambar korang yang cun melecun tu akan diupload dalam website CLINIQUE STAR TOUR 2011. meh tengok contoh yang bawah ni.



# haaa nampak tak hakak disitu? satu-satunya yang bertudung. malu hakak. semua cun cun belaka. hakak je separa cun. -_________________-'' oh yang sebelah kanan hakak tu gelpren hakak. cun kan beliau.

okay kita tutup cerita pasal star tour yang tak berapa nak star tu. kita teruskan dengan aktiviti seterusnya iaitu menonton wayang!

wayang transfomers? eehhh tak layan~ tiket asek full jek memanjang. we all tengok cerita sekali lagi :) oh kenalkan my gelpren yang sangat cun dan baik ni.

oh iya. kenapa tiket sekali lagi tu mahal kemain? haishhh! nasib baik cerita dia best tak lah terkilan sangat beli tiket harga macam tu punya mahal.

oh yang ini? ini lah tuan punya belog. beliau memang suka buat muka mintak kasih sayang macam tu. ngeeee ^_________________________^

last but not least. tak puas ber photoshoot tadi. we all buat la sesi begambar secara sendiri. haha. seronoknya ada gelpren macam you yang :) thanks yang!

next time kita join lagi tau aktiviti-aktivit ala-ala starrr macam ni. hahaha.nggeeenngggg~

okay readers. marilah kita sama-sama menarik selimut dan menutup lampu serta menutup mata dan tidoooo.

nunyte dearies (:

2 comments:

Anonymous said...

bagus2. Pakai tudung. Btw, follow done, follow blogkami pula eh. :)

Najwa Anuar ™ said...

Umedia Network : thanks sudi pollow :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...