Monday, June 20, 2011

Yang Muda Kita Sayangi, Yang Tua Kita Hormati

Assalamualaikum.

hari ni wa nak bercerita tentang adap tegur-menegur sesama manusia tanpa mengira usia mahupun jantina ataupun warna kulit. sebelum tu mari kita hayati sketsa yang dipaparkan (dialog jeh -_____________-'')

situasi (pantry room)
A & B: weh penatnya harini.jomlah lepak pantry kejap.boleh minum-minum kopi panas.

makcik bedah: (cakap dengan suara yang kuat) eh, sapa suruh korang duduk melepak sini.pegi masuk keje sekarang.orang datang keje buat keje bukan melepak (lebih kurang mcam tulah dialognya)

semua mata memandang pada A & B

A & B: terus belah sambil menundukkan muka.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

ada sapa dapat detect apa salahnya dalam dialog diatas ni?

seperti yang kita sedia maklum, tegur menegur adalah antara satu kebaikan yang sering disalah gunakan oleh sesetengah masyarakat Malaysia mahupun luar negara (nada baca berita)

kenapa wa kata disalah gunakan? hal ini kerana ada antara kita yang kurang arif atau kata kesatnya kurang bijak dalam menggunakan bahasa pertuturan bila menegur seseorang. tidak kiralah yang tua menegur yang muda, muda sama muda. muda tegur yang tua dan sebagainya.

kepada makcik bedah, kalau dia pembaca belog wa ni. meh sini wa nak ajar dia sikit pasal adab dalam tegur menegur orang ni. kesian, kubur dah panggil mari, dunia dah kata pergi tapi still tak tahu menahu adab tegur menegur orang. opppss!!

adab dalam tegur menegur sesama manusia:

# mestilah kena pada tempatnya

tempat bermaksud keadaat sekeliling.kena tengok jugak orang sekeliling.ada orang ke tak ada. tak ada sapa suka dimalukan depan orang ramai.tak da sapa suka maruah dipijak dan diseret macam tu je. sebelum nak tegur tu pastikan kat situ tak ada orang. barulah yang ditegur tu dapat terima teguran yang diberi tanpa ada terasa hati.

# mestilah menggunakan nada yang lembut

haaaaaa. yang ni memang penting. ada sapa tak suka bila ditegur dengan cara terpekik terlolong macam orang meroyan? ada sapa suka ditegur sampai orang sekeliling dapat dengar? for sure tak ada kan? jadi tak perlulah kita nak menegur seseorang tu dengan cara terjerit-jerit. apa kata pegi dekat orang yang nak ditegur tu kemudian cakap pelan-pelan. insyaAllah teguran tu dapat diterima.


# murah dengan senyuman

ada tak orang yang suka ditegur bila orang yang menegur tu buat muka macam tertelan buah tembikai? sendat mendat je rupanya kan? apa lah salahnya time nak tegur orang tu murahkan bibir dengan senyuman. kan sejuk hati orang yang ditegur tu. takde la dia nak terasa hati.

bukan susah sangat pun kan nak serapkan adab ni time kita nak tegur menegur kan? janganlah kita anggap kita tua, kita berusia kita boleh tegur budak muda sesuka hati. boleh buat moka toya sesuka hati. budak muda pun ada perasaan jugak.

akhir kata "bahasa kita, wajah kita" ^_______________________________^

p/s: dialog hanyalah adaptasi situasi yang berlaku petang tadi.
p/s/s: jom like page SINI dan like gambar SINI!

6 comments:

n.f.syuhaiDa said...

Hahhaha . Aku sukaa post ni . Makcik bedahhh kott . ;p

Mr feckry said...

yang tua kene la tunjuk contoh

No name said...

Yang muda campak kt tong sampah, yang tua campak kt Umh kebajikan.. tue lar zaman skang..

Najwa Anuar ™ said...

teha S : hahaha.entah si bedah tu bce ke tak post aku ni..haha

Najwa Anuar ™ said...

Mr feckry: abslutely rite!

Najwa Anuar ™ said...

Lizzie Yasmin: err? anda mencampakkn diri anda ke tong sampah? maaf sy bukan sampah.haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...