Tuesday, April 19, 2011

andainya lelaki tahu . . . . .


andai lelaki tahu : apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

andai lelaki tahu : apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya, tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya

andai lelaki tahu : apabila perempuan cemburu dan tidak mempercayai anda, bukan bermakna dia tidak sayang. tetapi dia TERLALU SAYANGKAN ANDA dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. kadang-kadang dia terlalu risau. sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

andai lelaki tahu : apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen. tetapi cukup dengan memberi perhatian sepenuhnya yang boleh buat perempuan itu rasa dihargai.

andai lelaki tahu : apabila perempuan banyak cakap.dia tidak pernah membuat anda berasa rimas.tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat lagi

andai lelaki tahu : apabila perempuan menjadi degil. bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu lihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah hati perempuan sangat lembut.andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam sesaat!

andai lelaki tahu : sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri, tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. perempuan itu dicipta oleh ALLAH dengan indah sekali. disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. biarpun zahirnya perempuan itu nampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

6 comments:

Mr feckry said...

andainya wanita tahu....

Najwa Anuar ™ said...

Mr feckry: sila la buat versi wanita pulak :)

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ said...

Aggghhh , Aku bru thu , Ohh x munkin , hahahhaa.. :)

Najwa Anuar ™ said...

BHAIHAQI COOL: apa yang x mungkin tu? jeng3 :P

ejulz said...

nang sik tauk laa.. haHa

New Entry "JOM!! Parti Pakaian Seragam Kolej!! "

Najwa Anuar ™ said...

ejulz: haha.sik pa.knek tok dh tauk nk? hee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...